Isu TKI: Sektor peladangan kelapa sawit tidak terj
MIRI 27 Mac - Isu kelewatan kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia (TKI)ke negara ini tidak menjejaskan sektor peladangan kelapa sawit negara,kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin FahKui.
Menurutnya, kebanyakan pengusaha ladang kelapa sawit sebelum ini sudahmenggunakan TKI yang sah dan tidak banyak bergantung kepada pendatangasing tanpa izin (PATI).
Katanya, sektor yang berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerjasekarang adalah ladang-ladang kecil dan sektor pertanian lain yang sebelumini mengambil PATI untuk berkerja dengan mereka.
``Perladangan kelapa sawit keseluruhannya kurang terjejas keranakebanyakan syarikat terbabit sebelum ini tidak mengambil PATI sebagaipekerja.
``Pekerja PATI ini banyak terlibat dalam pertanian terutama di kawasanpertanian kecil-kecilan, tetapi bukan sektor perladangan,'' katanya kepadapemberita di sini hari ini.
Fah Kui menambah, bagi sektor peladangan antara cara yang diambil bagimengurangkan kesan kekurangan TKI itu ialah dengan melanjutkan kontrakkerja TKI yang masuk secara sah ke negara ini.
Jelasnya, dia sendiri telah memaklumkan supaya majikan yang mempunyaipekerja TKI sah supaya melanjutkan kontrak mereka agar pekerja berkenaantidak perlu balik ke negara asal dan kemudiannya berdepan dengan pelbagaikerumitan untuk kembali ke Malaysia.
Sehingga kini terdapat lebih 400,000 tenaga kerja asing, berkerja dikawasan peladangan kelapa sawit di seluruh negara.