PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 29 Mar 2024

Total Views: 258
MARKET DEVELOPMENT
Usahawan Malaysia dipelawa melabur di selatan Fili
calendar09-08-2001 | linkNULL | Share This Post:

KUALA LUMPUR, Rabu 8/8/2001(Berita Harian) – Filipina hari ini mempelawausahawan Malaysia melabur dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),tenaga, prasarana serta pertanian terutama di selatan negara itu.

Serentak itu, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, memberi jaminankerajaannya memberi perhatian serius dalam usaha menangani masalahkeselamatan di negara itu.

Katanya, pelbagai peluang ada di Mindanao, termasuk penanaman danpemprosesan kelapa sawit serta getah, pengilangan makanan halal danpembangunan insfrastruktur.

“Penanaman kelapa sawit diharap dapat mewujudkan berjuta peluang pekerjaankepada rakyat Filipina dalam sektor pertanian.

“Kami berharap dapat membuka 160,000 hektar tanah untuk kelapa sawitterutama di Mindanao,” katanya ketika dalam ucaptama pada Forum PerniagaanMalaysia-Filipina mengenai Memperkukuhkan Perkongsian Ekonomi, MenggunakanPotensi Bagi Pertumbuhan, di sini.

Arroyo yang mengadakan lawatan luar negara pertama sejak menyandangjawatan itu Januari lalu, berucap kepada ahli perniagaan Malaysia yangterbabit dalam ICT, perdagangan dan pelaburan serantau.

Sambil mengiktiraf penguasaan Malaysia dalam industri kelapa sawit, beliauberkata, pembangunan di Mindanao yang pernah menghadapi konflik akandiberi keutamaan.

Arroyo berkata, kawasan selatan Filipina masih menghadapi ancamanpemberontak Abu Sayyaf dan beliau berikrar untuk menghapuskan kumpulanitu.

“Saya berterima kasih kepada pemimpin Malaysia kerana menyokong pendiriantegas supaya kerajaan tidak membayar wang tebusan. Kami sedang menunggumasa saja untuk menyelamatkan tebusan daripada kumpulan ini.

“Ini bukan janji. Ini satu komitmen,” katanya merujuk kepada Abu Sayyafyang menjadikan beberapa kumpulan sebagai tebusan mereka, termasuk lebih20 rakyat Malaysia dan orang asing dari kepulauan Sipadan dan Pandanan diluar Sabah tahun lepas.

Mengenai lawatannya ke Malaysia, Arroyo berkata, ia melebihi jangkaankerana beberapa perjanjian dimeterai termasuk perjanjian persefahamandengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

“Saya tidak menjangka sebarang perjanjian perdamaian akan ditandatanganiberhubung proses keamanan. Apa yang penting ialah keamanan dan kemajuanyang sebenar dapat dinikmati supaya saudara Islam kita menjadi lebih baikdengan berada dalam arus utama (jika) berbanding minta dipisahkan,”katanya.

Beliau berkata, pembangunan dan pelaburan di Mindanao juga selaras dengankerjasama Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia danFilipina (BIMP-EAGA).

“Saya mempelawa ahli perniagaan Malaysia bekerjasama dengan kerajaanFilipina membantu membasmi kemiskinan selaras usaha Asean merebut peluangdalam ekonomi baru dunia,” katanya.

Malaysia kini adalah rakan dagang kelapan terbesar Filipina, manakalanegara itu adalah pengeksport keempat dalam Asean ke Malaysia.

Malaysia adalah pelabur asing penting dalam industri pembuatan,pelancongan dan perkhidmatan di negara itu.