PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Tuesday, 16 Apr 2024

Total Views: 231
MARKET DEVELOPMENT
Ecomex tawar ekuiti 51 peratus
calendar09-08-2001 | linkNULL | Share This Post:

3/8/2001(Berita Harian : Ekonomi) - ECOMEX Palm Oil (Malaysia) Sdn Bhd(Ecomex), pengendali Bursa Minyak Sawit Elektronik (ePOM) iaitu sistemurus niaga minyak sawit elektronik pertama di dunia, menawarkan lebih 51peratus kepentingannya kepada peserta industri.

Langkah itu bertujuan memastikan matlamat penubuhan ePOM membantu danmeningkatkan kecekapan kegiatan dagangan minyak sawit tempatan di pasaranfizikal dikongsi bersama industri, dapat dicapai.

ePOM yang dibangunkan menerusi kerjasama Heitech Padu Bhd (HeiTech Padu)dan Global Ecomex Asia Ltd (Global Ecomex), dijangka memulakan dagangansulung pada 1 Oktober ini. Pelancaran bursa itu akan diadakan 20 Ogos ini.

Pengerusi Eksekutif HeiTech Padu, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib, pada sidangmedia di Kuala Lumpur berkata, tawaran memiliki kepentingan Ecomex yangdibuka kepada peserta industri seperti syarikat memproses minyak sawit,akan dilaksanakan dengan berhemat tanpa dikuasai mana-mana syarikattunggal.

“Jumlah pemegang saham dan kepentingan yang bakal dimiliki merekabagaimanapun masih dalam peringkat rundingan dan saya rasa ia bukan masayang sesuai untuk diumumkan.

“Kami mahu memastikan matlamat penubuhan ini berjaya bukan saja kepadaindustri tetapi juga negara. Kami cukup yakin dengan konsep dan modul yangdiperkenalkan, malah industri juga memberi sokongan baik,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif mewujudkan ePOM juga dibuat bagi memastikanMalaysia mempunyai saluran pemasaran yang cekap dan berkesan, sekali gusmuncul peneraju kegiatan perdagangan elektronik (e-dagang) bagi sektorminyak sawit.

Berbeza kegiatan dagangan pasaran hadapan yang memberi perkhidmatanlindung nilai kepada industri, ePOM lebih menjurus kepada urus niagafizikal minyak sawit.

Mohd Hilmey berkata, pelaksanaan sistem elektronik itu berupayameningkatkan ketelusan dalam kegiatan dagangan selain menghapuskan sistemurus niaga yang membabitkan orang tengah atau menerusi pakatan.

Berbanding kaedah perdagangan tradisi, ePOM mampu menawarkan kemudahanurus niaga yang lebih cekap dan berkesan kepada industri selain berupayamenjimatkan kos di antara peniaga dan pembeli.

“Selain itu, ia juga memberi pilihan kepada peniaga dan pembelimelaksanakan penetapan harga pada tahap yang lebih berdaya saing,”katanya.

Sementara itu Pengarah Kumpulan Peladangan Golden Hope Plantations Bhd,Sabri Ahmad, berkata syarikat menyokong penuh usaha melaksanakan kegiatandagangan minyak sawit menerusi elektronik.

Katanya, konsep pelaksanaannya yang memberi tumpuan kepada ketelusan danamalan pentadbiran korporat, berupaya memberi lebih nilai kepada industri,sekali gus meningkatkan jumlah dagangan minyak sawit di pasaran fizikal.

“Selain berfungsi 24-jam, ia juga memastikan supaya tidak wujud urus niagayang berat sebelah. Menerusi sistem elektonik ini setiap harga yangditawarkan boleh diketahui pembeli.

“Keseluruhan sistem ini adalah baik, bagaimanapun pasa masa depan ia perludipertingkatkan sejajar perkembangan pasaran,” katanya sambil menolakkemungkinan sistem dagangan menerusi ePOM akan hanya memberi manfaatkepada syarikat besar.

Tegasnya, menerusi pengalaman lalu dan kegagalan sektor getahmengembangkan pasarannya berikutan terlalu bergantung kepada sistemdagangan tradisi menerusi ‘bisikan’ memberi kesan buruk kepada industriberkenaan.