PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 20 Sep 2024

Total Views: 277
MARKET DEVELOPMENT
MPOA kembang sayap ke Sabah
calendar11-10-2001 | linkNULL | Share This Post:

06 October 2001 (NSTP)

PERSATUAN Minyak Sawit Malaysia (MPOA), badan gabungan syarikat peladangansawit di negara ini yang ditubuhkan dua tahun lalu, kini mengembangkansayapnya ke Sabah dengan pelancaran cawangannya di negeri itu, baru-baruini.

Berikutan pelancaran secara rasmi MPOA-Sabah oleh Ketua Menteri, DatukChong Kah Kiat, di Sandakan pada 27 September lalu, pertubuhan itu kinidiwakili hampir di seluruh negara bagi menjaga kebajikan ahli merekasecara kolektif.

Sebelum ini, MPOA melalui Majlis Pengeluar Sawit Malaysia (MPOGC) hanyatertumpu keahliannya di kalangan syarikat peladangan sawit yang bertapakdi Semenanjung saja, manakala di Sabah dan Sarawak, syarikat peladangansawit menyertai Pesatuan Pengeluaran Minyak Sawit Malaysia Timur (EMPOPA).

Dengan adanya cawangan MPOA di Sabah, pertubuhan itu kini lebih bersifatnasional kerana ia tidak lagi terhad mengikut satu-satu wilayah saja.

Dalam ucapan perasmiannya, Chong antara lain menyeru supaya semua pihakdalam industri sawit mengambil peluang untuk mengembangkan kegiatan merekadalam aktiviti hiliran yang memberi nilai tambah kepada keluaran sawit.

Beliau juga menggalakkan pelabur mengambil peluang untuk memanfaatkankeupayaan Sabah menghasilkan 10 juta tan biojisim setahun untuk dijadikanpelbagai produk bernilai tinggi.

Terdahulu, Pengerusi MPOA, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkatapelancaran MPOA-Sabah amat bermakna kerana Sabah kini adalah negeripengeluar utama minyak sawit di negara ini.

Dengan keluasan tanaman sawit lebih satu juta hektar, Sabah menghasilkan3.11 juta tan minyak sawit mentah atau 29 peratus daripada keseluruhanminyak sawit mentah negara tahun lalu. - imran@mpob.gov.my