Dimensi baru industri sawit
12 November 2001 (Berita Harian)
SATU daripada masalah yang dihadapi industri sawit ialah cara terbaikuntuk melupuskan sisa sawit, khususnya tandan sawit kosong (RFB). Adapengusaha kilang sawit yang membiarkan EFB reput di tempat buangan atau diladang, manakala sebahagian lagi membakar EFB dan abunya dijual sebagaibaja.Bagaimanapun, kegiatan pembakaran tandan kosong telah menimbulkan masalahpencemaran udara dan mengganggu keselesaan penduduk yang tinggalberhampiran kilang sawit.Selain itu, kilang sawit juga menghasilkan fiber (sabut) mesokarpa,tempurung, efluen dan seumpamanya. Fiber mesokarpa dan tempurung dibakardi dalam dandang untuk menghasilkan stim bagi menjana tenaga elektrik danmemproses buah sawit. Lazimnya, sebahagian besar produk sampingan itudibuang begitu saja dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Pelepah dan batang sawit pula dibiarkan reput dan dihuraikan secara semulajadi di ladang. Kegiatan itu dapat membantu menyuburkan tanah danmemelihara struktur serta mengelak hakisan tanah.Sejajar dengan pesatnya pembangunan industri dan bertambahnya keluasantanaman sawit negara, satu pendekatan baru diambil untuk mengeksploitasibahan buangan ini sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk bernilaitinggi yang dapat mendatangkan pendapatan tambahan kepada industri sawit.Berdasarkan kajian oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),sekurang-kurangnya 35 juta tan biojisim sawit kering setahun dihasilkanoleh kegiatan huluan dan hiliran dalam industri sawit, termasuk dariladang, kilang sawit, kilang isirong sawit dan kilang oleokimia.Sebahagian besar biojisim ini adalah di dalam bentuk lignoselulosa.Kuantiti biojisim sawit yang dihasilkan adalah tujuh kali ganda jumlahkayu yang digunakan dalam negara kita. Jika biojisim sawit boleh digunakanuntuk menggantikan kayu-kayan yang diperoleh secara pembalakan dalamhutan, kita mungkin dapat memelihara hutan dan alam sekitar di sampingmempunyai sumber kayu yang berterusan.Sehubungan itu, MPOB bersama Pejabat Fraunhofer Malaysia dan DewanPerniagaan Hannover-Hildersheim, Lower Saxonia dari German, baru-baru inimenganjurkan seminar khas yang berteraskan biojisim sawit. Seminarbertajuk ‘Biojisisim Sawit: Peluang Untuk Komersialisasi’ yang diadakanpada 15 dan 16 Oktober lalu mendapat sambutan menggalakkan denganpenyertaan daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan.Selain memperkenal dan melaporkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan(R&D) berteraskan biojisim sawit serta potensi pengkomersialan, seminaritu juga memberi pendedahan kepada industri sawit mengenai kemudahanteknologi German dan kewangan yang disediakan untuk membantu usahawanindustri kecil dan sederhana (IKS) tempatan mewujudkan industri biojisimsawit secara komersial dan berkesan.Ketua Kumpulan Penyelidikan Biojisim MPOB, Dr Mohamad Hussin, ketikamembentangkan kertas kerja mengenai biojisim sawit di Malaysia berkata,tahun lalu saja nilai eksport produk yang dikeluarkan industri perkayuannegara, termasuk perabot, papan lapis dan kayu bergergaji, berjumlahRM14.94 bilion.Beliau berkata, kerajaan turut memainkan peranan penting dalam usaha untukmengkomersialkan segala projek R&D melalui agensi yang berkaitan sepertiKementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar; Kementerian PerdaganganAntarabangsa.Selain itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawanIKS untuk menceburi industri biojisim sawit seperti Skim Geran Industri(IGS), Dana Perolehan Teknologi (TAF) dan Geran MTDC, manakala sektorswasta seperti Bank Bumiputra-Commerce dan Bank Pembangunan Malaysia pulamempunyai skim yang tertentu untuk membantu sektor IKS.Selain seminar, pihak pengurusan MPOB juga mengatur strategi ‘sisa sifar’sebagai satu daripada usaha jangka panjang membabitkan program R&D. Iajuga diharap dapat membantu kesejahteraan industri sawit negara.Sejajar dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju,program yang dirancang merangkumi pelbagai kegiatan R&D yang bertujuanuntuk mengeksploitasi segala jenis biojisim dari industri sawit menjadiproduk tambah nilai seperti ‘medium density fibre board’ (MDF), pulpa dankertas, produk komposit, terbitan selulosa, bahan kimia, bahan makananbinatang dan kompos (baja organik).Oleh kerana setiap komponen daripada biojisim sawit mempunyai ciri fizikaldan kimia yang agak berbeza di antara satu sama lain, satu usaha mantapsedang dan akan diteruskan oleh MPOB untuk menggunakan biojisim sawit,terutama batang, pelepah dan tandan kosong secara optimum dan efektif.Program R&D juga mengambil kira aspek tekno-ekonomi supaya setiap produkatau projek yang dikomersialkan berdaya saing dan ekonomik.Mengenai pulpa dan kertas pula, kajian menunjukkan serat dari tandan sawitkosong adalah yang terpendek dan terkecil jika dibandingkan dengan seratdari batang dan pelepah sawit. Sifat morfologi tandan sawit kosongmempunyai ciri yang sama dengan serat dari kayu keras seperti pokok ‘eucalyptus’.Kandungan serat yang tinggi bagi setiap unit berat memberi kelebihankepada tandan sawit kosong untuk menghasilkan kertas yang mempunyaikualiti tinggi. Walaupun ukuran serat batang dan pelepah adalahpertengahan di antara kayu keras dan kayu lembut, ciri fizikalnya tidaklahsebaik dengan serat tandan kosong kerana kandungan ‘parenchyma’ yangtinggi. Kandungan parenchyma adalah 50 peratus dalam batang sawit dan 30peratus dalam pelepah sawit, berbanding lima peratus dalam EFB.Ada pelbagai kaedah dalam pemprosesan biojisim sawit kepada pulpa dankertas untuk memasak biojisim bagi menghasilkan serat. Kaedah pertamaialah Pulpa Kraff (kaedah konvensional) yang membabitkan penghadamanbiojisim dengan natrium sulfida pada suhu 165 C selama tiga jam. Kaedahkedua pula ialah Anthraquinone Kraff (juga dikenali sebagai soda AQ) yangmana proses konvensional ditambah dengan anthraquinone untukmempercepatkan proses ini dan meningkatkan kekuatan fiber.Tempoh dan suhu proses adalah kritikal untuk menjaga mutu fiber. Dalamproses ini, lignin dihuraikan dan dipisahkan seterusnya di dalam prosespelunturan untuk menghasilkan produk akhir sebagai pulpa yang mempunyaiciri-ciri sesuai bagi pembuatan kertas bermutu.Di antara tiga jenis pulpa daripada biojisim sawit, serat tandan sawitkosong mempunyai profil terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan kertasberkualiti dan menepati ciri-ciri pulpa daripada kayu keras.Fiber sawit juga berpotensi untuk digunakan di dalam industri pembuatanbahan komposit. Dengan mencampurkan biojisim sawit dengan resin polimer,pelbagai jenis komposit boleh dihasilkan dan mempunyai sifat dan kekuatanberbeza. Antara kegunaan produk ini termasuk komponen komposit untuktilam, panel, peralatan elektrik dan perabot.Dengan menggunakan teknologi terkini, fiber sawit juga berpotensidigunakan untuk menghasilkan komposit plastik termo yang mempunyai sifatketahanan pada suhu agak tinggi dan amat sesuai untuk digunakan sebagaikomponen dalaman kereta.Biojisim sawit juga boleh digunakan sebagai bahan mentah untukmenghasilkan pelbagai jenis komponen melalui kaedah kimia dan biokimia.Oleh kerana sebahagian besar daripada biojisim sawit terdiri daripadalignoselulosa, penyelidik di MPOB telah membuktikan bahawa komponen utamaseperti lignin, hemiselulosa dan selulosa dapat diekstrak dan diprosesuntuk menghasilkan pelbagai jenis terbitan selulosa yang mempunyaipelbagai kegunaan industri dan komersial.Produk akhir ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berupayamemberi keuntungan kepada industri sawit dan seterusnya menjadikanindustri sawit sebagai industri bercirikan sisa sifar dan mesra alam.Hasil program R&D biojisim sawit yang dilaksanakan MPOB boleh dimanfaatkansepenuhnya oleh industri sawit dan industri perkayuan negara supaya segalaproduk dan produk sampingan yang dikeluarkan oleh industri sawit tidaklahmenjadi bahan buangan atau produk bernilai rendah.Jika pokok kelapa memang terkenal dengan seribu satu macam kegunaan, pokoksawit juga tidak kurang hebatnya. Buah sawit boleh menghasilkan minyaksawit dan minyak isirong sawit, manakala produk sampingan minyak sawitboleh menghasilkan vitamin A dan E.Selain itu, efluen kilang sawit boleh menghasilkan komponen antioksidanflavonoid fenolik dan minyak sawit juga boleh dijadikan bahan bakar,manakala biojisim sawit pula sesuai untuk bahan mentah perindustrian.Semua ini menjadikan industri sawit lebih kompetitif dan berdaya saing.