PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Sunday, 24 Nov 2024

Total Views: 310
MARKET DEVELOPMENT
Tingkatkan integrasi ladang sawit, tanaman makanan
calendar16-11-2001 | linkNULL | Share This Post:

Oleh Datuk Dr Yusof Basiron12 November 2001 (Berita Harian)

SERING diperkatakan bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada import bahanmakanan yang berjumlah hampir RM12 billion setahun. Ini memerlukan tanahpertanian diguna untuk mengeluarkan lebih bahan makanan, selain minyaksawit, koko, kopi dan teh yang ditanam secara perladangan di negara ini.

Sebenarnya, tanah pertanian negara memang sudah digunakan sebanyak mungkinuntuk mengeluarkan bahan makanan iaitu kelapa sawit dan koko. Eksportsawit saja berjumlah RM14.8 billion pada tahun 2000 dan RM24 billion pada1998. Ini bermakna negara lebih banyak mengeksport bahan makananberbanding import.

Hampir 95 peratus pengeluaran minyak sawit negara dieksport. Inimenunjukkan bekalan keperluan minyak makanan tempatan berlebihan 19 kaliganda untuk membolehkan hasil utama negara itu dieksport ke seluruh dunia.

Industri bahan makanan biasanya bertumpu kepada pengeluaran tiga sumberasas makanan iaitu protein, karbohidrat atau lelemak, selain bahan minumanseperti koko, kopi dan teh. Pertanian di negara ini memilih pengeluaranlelemak melalui industri sawit kerana ia memberi pulangan lebihmenguntungkan berbanding pengeluaran bahan karbohidrat seperti padi danjagung atau protein seperti ternakan lembu secara besar-besaran.

Malah, tanah yang dulunya ditanam padi banyak diganti dengan sawit keranapendapatan sehektar sawit lebih tinggi daripada sehektar padi di peringkatpertanian biasa. Lebihan pendapatan dari jualan atau eksport sawit digunauntuk membeli atau mengimport bahan makan seperti beras dan daging lembu.

Daripada segi makronya, pertanian dan industri pemakanan di Malaysiasangat maju kerana kita adalah pengeksport terbesar bahan lelemak duniadan membekalkan 25 peratus daripada eksport minyak lelemak dunia.Pengeluaran sawit Malaysia diguna untuk membuat majerin dan lelemak bakeriserta vanaspati adalah dua kali ganda berbanding pengeluaran mentega duniayang dihasilkan daripada industri tenusu.

Bagaimanapun, tanah pertanian yang digunakan untuk pengeluaran minyaksawit di Malaysia hanyalah sekadar 3.6 juta hektar, berbanding keluasanberpuluh kali ganda yang diguna untuk industri tenusu seluruh dunia.

Oleh kerana sukar dan kurang berupaya mengeluarkan bahan makanan berjenislelemak, hampir seluruh negara di dunia bergantung kepada bekalan minyaksawit dari Malaysia. Di segi jangka panjangnya, pasaran minyak sawit amatbesar kerana hampir semua negara memerlukannya dan dengan bertambahnyapenduduk pada masa depan, permintaan minyak sawit dijangka meningkat 100peratus lagi menjelang 2020.

Untuk menyahut seruan kerajaan mengurangkan import makanan, ternakan atautanaman lain perlu juga diusahakan tetapi ia mestilah lebih menguntungkanberbanding sawit. Daripada keseluruhan tanah pertanian seluas enam jutahektar, hampir 60 peratus sudah diguna untuk tanaman sawit, 23 peratusmasih ditanam getah dan kira-kira tujuh peratus lagi masih ditanam dengankoko dan kelapa.

Baki 10 peratus diguna untuk tanaman padi dan lain-lain. Jika tanaman laindisarankan, ia mestilah mampu bersaing dengan tanaman sedia ada dansetakat ini memang sukar untuk memperkenalkan tanaman baru yang bolehmenjamin keuntungan lebih baik jika diusahakan secara besar-besaran.

Tanaman atau ternakan yang menguntungkan diusahakan di peringkatkecil-kecilan masih memerlukan penyelidikan atau pasaran yang lebihterjamin jika mahu diusahakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun, industri sawit dan getah masih mampu mengeluarkan bahanmakanan lain berasaskan protein dan karbohidrat dengan caramengintegrasikan tanaman lain. Pisang dan tembikai memang banyakdihasilkan dari ladang sawit ketika sawit ditanam semula. Malah,kebanyakan lembu di negara ini dipelihara secara integrasi di ladangsawit.

Potensi menggunakan ladang sawit untuk memelihara lembu, kambing danternakan ayam kampung masih luas dan boleh dipertingkatkan lagi teknologiserta produktivitinya. Penggunaan pagar elektrik mudah alih untukmemelihara lembu dan kambing di ladang sawit perlu dilaksanakan secarameluas supaya meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerosakan kepadatanaman sawit itu sendiri.

Ayam kampung berpotensi dipelihara dalam ladang sawit untuk membersihkanrumput-rumpai serta anai-anai dan serangga perosak yang ada jika konsepsistem pagar mudah alih juga dapat dilaksanakan. Penyelidikan ke arah inimasih giat dijalankan di MPOB.

Dengan potensi yang ada, pertanian dan pengeluaran makanan di negara kitaboleh ditingkatkan lagi, terutamanya melalui integrasi tanaman danternakan di ladang sawit. Projek integrasi ini mestilah dari jenis tanamanatau ternakan yang senang dibantu dengan mekanisma supaya kurangmemerlukan tenaga kerja.

MPOB sedang menyelidik tanaman yang mudah menggunakan jentera seperti padihuma, kacang soya dan nanas untuk tanaman integrasi di lading sawit sertadapat membantu mengurangkan bil import bahan makanan negara pada masadepan.

Di samping itu, Malaysia masih dianggap sebagai sebuah negara termajudalam sektor pertanian perladangan di kalangan negara tropika atau negaramembangun. Di negara maju sekalipun, mereka perlu memberi subsidi yangbesar kepada industri pertanian, tetapi di Malaysia eksport bahan makananyang dikeluarkan oleh sektor pertanian kita seperti minyak sawit dikenakancukai eksport kerana ia masih mampu berdaya bersaing di pasaran dunia.

Malah di India, import minyak sawit kita dicukai lagi hampir 100 peratuskerana terlalu murah dan menjadikan minyak tempatan mereka tidak bolehbersaing.

Keupayaan industri sawit ini perlu dihargai kerana ia mesti dibantu supayalebih maju dan berdaya saing pada masa depan. Tanah pertanian yang luas dinegara ini, seperti di negara maju juga, perlu diusahakan supaya tidakmenjadi tanah terbiar sungguhpun kita beralih kepada zaman perindustrian.Setakat ini belum ada calon tanaman lain yang mampu menjadi pilihanmenggantikan sawit secara besar-besaran.

Datuk Dr Yusof Basiron adalah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB).