PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Saturday, 20 Apr 2024

Total Views: 242
MARKET DEVELOPMENT
Skim SKPTS jamin kualiti benih sawit
calendar16-11-2001 | linkNULL | Share This Post:

Oleh Idris Omar12 November 2001 (Berita Harian)

SIJIL Kewibawaan Pengurusan Tapak Semaian (SKPTS) yang diberikan LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada pengusaha tapak semaian sawitberwibawa, menjamin bekalan anak benih sawit berkualiti bagi kegunaanpekebun yang menyertai program tanam semula.

Ini kerana penerima sijil itu sudah mencapai tahap minimum dalampengurusan tapak semaian sawit. Skim SKPTS yang dimulakan awal tahun inibertujuan meningkatkan mutu pengeluaran anak benih sawit oleh pengusahatapak semaian.

Pelaksanaan skim ini menyokong skim tanam semula sawit yang dilaksanakankerajaan, sebagai satu daripada strategi menangani kejatuhan harga minyaksawit.

Penyertaan pengusaha tapak semaian dalam skim ini adalah secara sukarelakerana pengusaha tapak semaian hanya memerlukan lesen menjual dan mengalihbahan penanaman sawit dari MPOB sebagai syarat untuk memulakankegiatannya.

Sehingga akhir tahun lalu, ada 360 pengusaha tapak semaian yang berdaftardengan MPOB. Skim SKPTS ditawarkan kepada pengusaha sejak awal tahun inidan 60 pengusaha mendaftarkan secara sukarela untuk menyertainya.

Selepas melalui pemeriksaan, 49 pengusaha tapak semaian layak menerimasijil yang sah untuk tempoh setahun. Pemeriksaan semula perlu dibuatselepas tamat tempoh sah itu.

Pemeriksaan tapak semaian dilakukan pegawai MPOB dengan menumpukan aspekinfrastruktur dan amalan pengurusan tapak semaian. Sebanyak 30 markahdiberikan kepada aspek infrastruktur dan 70 lagi kepada aspek amalanpengurusan tapak semaian.

Aspek infrastruktur yang ditekankan adalah toporafi kawasan, kebersihantapak, tanah yang digunakan untuk mengisi polibeg, sistem pengairan,perparitan, jalan, kemudahan stor dan pejabat.

Aspek amalan pengurusan tapak semaian pula meliputi saiz, kualiti danpenyusunan polibeg, kekerapan, jenis dan kuantiti baja digunakan, kuantitidan kekerapan penyiraman, kawalan dan tahap kerosakan penyakit danperosak, kawalan rumpai, kekerapan dan peratus anak benih ditakai.

Selain itu, penyimpanan rekod untuk semua kegiatan berkaitan, pengendaliananak benih lebih umur serta kualiti dan tahap kesuburan anak benih turutdiambil kira. Laporan pemeriksaan akan dinilai oleh jawatankuasa khasuntuk memperakukan tapak semaian itu layak diberikan sijil.

Pengusaha tapak semaian yang mendapat sijil digalak mempamerkan sijil itudi premis mereka sebagai tanda jaminan mutu anak benih yang dikeluarkan.

Pada masa yang sama, pembeli anak benih juga digalakkan membeli anak benihsawit daripada pengusaha tapak semaian yang sudah menjalani pemeriksaandan mendapat sijil SKPTS.

Dengan memberi pengiktirafan sedemikian, diharap semua pengusaha tapaksemaian akan menyertai skim SKPTS dan untuk tempoh jangka panjang dapatmeningkatkan mutu pengeluaran anak benih sawit di negara ini.

Penggunaan anak benih sawit berkualiti penting kerana kesilapan memilihanak benih oleh pekebun menyebabkan kerugian sepanjang tempoh hayatekonomi pokok itu. Kajian menunjukkan potensi hasil daripada anak benihsawit yang tidak terpilih antara 30 hingga 40 peratus daripada potensihasil.

Oleh itu, penanam sawit terutama pekebun kecil sawit yang melaksanakantanam semula menerusi Skim Insentif Tanam Semula atau Skim Pinjaman MudahSawit anjuran Bank Pertanian Malaysia (BPM) digalak membeli anak benihsawit yang dikeluarkan pengusaha tapak semaian berlesen dan berwibawa.

MPOB tidak menggalakkan pekebun kecil membesarkan biji benih secarakecil-kecilan di sekitar rumah atau dalam kawasan kebun kerana cara itutidak dapat menjamin mutu anak benih yang dikeluarkan, walaupun merekamenggunakan biji benih sawit yang bermutu yang diperoleh daripada pusatpengeluaran biji benih berlesen.

Ini kerana untuk menjamin pertumbuhan biji benih itu sehingga berumur 12dan 14 bulan memerlukan kemahiran dan input yang sempurna. Kajian jugamenunjukkan interaksi genetik yang baik dengan persekitaran kurang baik(melalui pengurusan tapak semaian tidak efisien) akan menurunkan potensigenetik yang baik.