PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 20 Sep 2024

Total Views: 254
MARKET DEVELOPMENT
Timbal balas tidak terhad kepada sawit
calendar01-11-2002 | linkNULL | Share This Post:

(Berita harian) - KONSEP timbal balas yang digunakan dalam pembeliansenjata ketenteraan tidak terhad kepada kelapa sawit saja, sebaliknyaturut membabitkan komoditi lain termasuk getah, kelapa kering, koko danproduk elektronik.Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Shafie Apdal, berkata tujuan utamakonsep itu ialah bagi memperoleh pulangan ekonomi yang maksimum melaluipasaran komoditi di negara terbabit.Selain itu katanya, konsep itu juga membantu mengurangkan aliran keluarmata wang negara.“Contohnya dalam perolehan kapal selam, komponen timbal balas adalahsebanyak 35 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak iaitu 25 peratusmembabitkan komoditi kelapa sawit dan 10 peratus lagi komoditi laintermasuk perkhidmatan," katanya menjawab soalan Muhyidin Abdul Rashid(PAS-Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, semalam.Shafie berkata, elemen timbal balas itu juga akan diambil kita dalam semuapembelian peralatan besar lain yang masih dalam peringkat perundingan.Menjawab soalan tambahan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar (BN-Larut),beliau berkata, timbal balas itu dilaksanakan mengikut perundingan dengannegara pembekal dan berasaskan permintaan mereka.“Jika mereka mahukan produk koko atau kelapa sawit, negara pembekal ituakan masukkan kedua-dua komoditi itu dalam perjanjian. Jika dulu baranganitu tidak mempunyai pasaran di negara berkenaan tetapi melalui perjanjianitu secara tidak langsung kita dapat memperkenalkan produk kita.“Melalui perjanjian berkenaan, kita turut mengambil kira kecanggihannegara pembekal yang mengeluarkan peralatan ketenteraan itu, selainpertukaran teknologi berkaitan,” katanya.Menjawab soalah tambahan Muhyidin, Shafie berkata, rakyat tidak perlubimbang dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan dinegara ini kerana ia bertujuan mengiktiraf terhadap usaha berterusan pihakberkuasa menangani masalah keganasan termasuk kes lanun, penculikan danpenyeludupan.“Kita tak perlu takut dengan penubuhan pusat itu, orang yang takut adalahpengganas kerana mereka yang akan ditahan. Penubuhan itu adalahpengiktirafan terhadap pendekatan sistematik yang kita guna sejak dululagi,” katanya.