PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 20 Sep 2024

Total Views: 267
MARKET DEVELOPMENT
Kelapa sawit: Negara perlu tingkat pengeluaran unt
calendar01-11-2002 | linkNULL | Share This Post:

PUTRAJAYA, Khamis, 30/10/02(Berita Harian) - Malaysia akan terus kerugianpurata lebih RM1.79 bilion setahun jika masih gagal meningkatkanpengeluaran minyak sawit kepada sekurang-kurangnya empat tan sehektarsetahun.

Dengan purata pengeluaran nasional yang rendah iaitu hanya 3.62 tan minyaksehektar setahun, negara kerugian lebih RM17.9 bilion dalam tempoh 10tahun kebelakangan ini iaitu dari 1992 hingga 2001.

Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata antarafaktor purata pengeluaran minyak negara rendah ialah jurang pengeluaranminyak yang ketara antara ladang dan kebun kecil kelapa sawit, sama adayang dikendalikan agensi kerajaan seperti Felda mahu pun individu.

Beliau berkata, berbanding purata tujuh hingga lapan tanminyak/hektar/tahun yang dihasilkan ladang, kebun kecil seperti Feldahanya menghasilkan 2.5 hingga tiga tan minyak/hektar/tahun.

“Jurang ini terlalu besar dan perlu diatasi segera atau industri sawitnegara akan mati. Kerajaan menerusi MPOB dan agensi berkaitan melaksanakanpelbagai strategi bagi menangani masalah ini, termasuk meningkatkanpengetahuan pekebun kecil mengenai industri ini.

“Menerusi ilmu yang mereka ada, termasuk keperluan mendapatkan bahantanaman yang baik, penyelenggaraan kebun yang berkesan, terutama untukmembaja dan menuai buah, kita yakin masalah ini dapat diatasi sekali gusmencapai sasaran pengeluaran minyak tidak kurang daripada empattan/hektar/tahun menjelang 2003,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan PersidanganKebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2002, di sini hari ini. Persidangan duahari itu dianjurkan oleh MPOB.

Bagi tujuan itu, Dr Lim berkata, MOB memperkenalkan program Tunjuk Ajardan Nasihat Sawit (Tunas), yang mana 50 pegawai dilantik untuk memberikhidmat nasihat teknikal kepada pekebun kecil individu.

Pada masa yang sama, katanya, pegawai institusi kerajaan seperti Felda,Felcra dan Risda juga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai industriterbabit supaya dapat memberi nasihat yang betul kepada pekebun kecil.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada peneroka Feldaberhubung ketidakcekapan pegawai dalam mengendalikan sesuatu keadaanberkaitan industri sawit.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Pegawai ini sepatutnya tahu bagaimana untukmengendalikan agensi dan menguruskan pekebun kecil di bawah tadbiranmereka. Mereka harus boleh menasihatkan pekebun mengenai jenis bahantanaman yang baik, kaedah pembajaan yang berkesan serta tempoh terbaikuntuk menuai hasil.

“Jika mereka ada pengetahuan ini dan melaksanakan tanggungjawab denganbaik, sudah pasti rungutan seperti ini tidak timbul,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan mencari jalan untuk mengurus semulakebun Felda bagi memastikan kebun terbabit terus dapat mengeluarkan hasilsekali pun keluarga peneroka tidak mahu meneruskan usaha berkenaan.

Beliau berkata, peneroka yang tiada pewaris untuk menguruskan kebun bolehmenyerahkan kebun itu kepada institusi atau syarikat yang berminat untukdiuruskan secara ladang.

Mengulas mengenai harga minyak yang tinggi ketika ini iaitu RM1,520 satutan, Dr Lim berkata, kerajaan mempunyai kaedah untuk mengekalkan hargasawit pada paras yang selesa.

Antaranya, kata beliau, minyak sawit berlebihan dibakar bagi menjanatenaga elektrik bagi mengurangkan stok selain mempelbagaikan kegunaanminyak sawit, termasuk sebagai bahan api untuk jentera seperti kereta.

Sementara itu, beliau berkata, negara berpotensi menjualsekurang-kurangnya satu juta tan minyak sawit ke empat negara TimurTengah, iaitu Mesir, Maghribi, Jordan dan Emeriyah Arab Bersatu.

Malah, dengan kelebihan yang diberikan kepada negara Timur Tengah ituuntuk memasuki pasaran Eropah, beliau yakin penggunaan biodieselberasaskan minyak sawit dapat diperluaskan.

“Biodiesel memberi pilihan kepada pengguna diesel di Eropah untukmendapatkan diesel pada harga jauh lebih murah,” katanya sambil menambahlebih 40 peratus kenderaan di Eropah menggunakan diesel.