PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Tuesday, 26 Nov 2024

Total Views: 226
MARKET DEVELOPMENT
Berguna untuk rawatan lambatkan proses penuaan
calendar26-08-2003 | linkBerita Harian | Share This Post:

26/08/20003 - MINYAK sawit yang dikenali sebagai minyak makanan asli danmenyihatkan, kini semakin popular dalam industri kosmetik keranakandungannya yang serupa dengan lemak yang terdapat di permukaan kulitmanusia.

Ia adalah lombong bagi bahan yang berfungsi sebagai kulit, kata PengarahInstitut Kulit dan Penilaian Produk, dari Itali, Dr Luigi Rigano.

Dengan kandungannya yang serupa dengan lemak di permukaan kulit, minyaksawit boleh digunakan sebagai losyen kulit dan berguna untuk rawatanpenuaan atau kulit yang terdedah kepada matahari, katanya dalam kertaskerja yang dibentangkan pada Kongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC)2003, di Hotel Marriot, Putrajaya, semalam.

Antara alat solek yang boleh dikeluarkan menggunakan minyak sawit adalahgincu bibir, pengilat bibir dan bedak, katanya.

“Minyak sawit dan derivatifnya disambut baik dalam industri ini kerana iamembantu mencari jalan baru untuk memperbaiki ciri-ciri produk, katanya. -Bernama