PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Sunday, 19 May 2024

Total Views: 167
MARKET DEVELOPMENT
Mercedes Benz teroka guna diesel sawit
calendar03-11-2003 | linkBerita Harian | Share This Post:

3 November, 2003 - DAIMLERCHRYSLER, pengeluar kenderaan Mercedez Benz,sudah memulakan perbincangan dengan syarikat teknologi tempatan untukmenghasilkan diesel menggunakan teknologi biomas.Kami sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi, tetapi masihterlalu awal untuk memberikan butiran lanjut.

Bagaimanapun apa yang boleh kami katakan ketika ini ialah kami berminatmembangunkan projek itu di Malaysia menggunakan sisa sawit untukmenghasilkan diesel menerusi penggunaan teknologi biomas, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian di pinggiran seminar GlobalEntrepolis@ Singapore di Suntec City, Singapura, baru-baru ini.

Scheunemann berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan awaldengan kerajaan untuk memulakan projek berkenaan.

Beliau berkata, diesel menggunakan teknologi itu dimajukan di Stuttgart,Jerman tiga tahun lalu dan mula digunakan pada kenderaan hujung Jun lalu.

Di Jerman, diesel berkenaan dikenali Biotrol membabitkan gabungan namabiomas dan petrol.

Pada umumnya, biomas boleh dihasilkan daripada tenaga yang berpuncadaripada apa jenis tumbuhan sekali pun termasuk sisa buangan kayu.

Penghasilan diesel daripada biomas adalah antara teknologi yangdibangunkan oleh DaimlerCrysler untuk menghasilkan bahan api kenderaanmesra alam.

Scheunemann berkata, DaimlerChrysler juga sudah mengadakan perbincangandengan syarikat minyak antarabangsa untuk memasarkan diesel ini dipasaran.

DaimlerChrysler adalah syarikat pertama di dunia yang menghasilkan dieseldaripada biomas dikenali Biotrol menggunakan sisa buangan kayu.

Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, pernah menyuarakanhasrat kerajaan untuk menghasilkan bahan api kenderaan menggunakan sisasawit.