PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Sunday, 22 Sep 2024

Total Views: 236
MARKET DEVELOPMENT
Lembaga Pemasaran Bersama Untuk Stabilkan Harga MS
calendar21-07-2004 | linkBernama | Share This Post:

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Agensi-agensi kerajaan dari Indonesiadan Malaysia, yang mengawal selia industri minyak sawit, sedang membuatpersiapan untuk menubuhkan lembaga pemasaran bersama yang boleh membantumenstabilkan harga minyak sawit.

Berpandu kepada kejayaan penubuhan Pertubuhan Getah Tiga PihakAntarabangsa (ITRO) menstabilkan harga getah, kedua-dua agensi kerajaanitu, iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Jawatankuasa MinyakSawit Indonesia telah menjalankan kajian bagi menentukan kemungkinanmenubuhkan badan yang serupa bagi minyak sawit.

"Sebenarnya, segalanya berjalan lancar pada peringkat kerajaan, dan kamikini menunggu penyertaan pihak-pihak dalam industri ini seperti KumpulanGuthrie dan Sime Darby yang bertapak kukuh," kata Atase Industri danPerdagangan, Kedutaan Republik Indonesia Dra. Nurmaningsih, hari Selasa.

Beliau ditemui selepas majlis taklimat akhbar mengenai Pameran Perdagangandan Pelaburan Indonesia 2004, yang diadakan di sini.

Awal tahun ini, bekas Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim KengYaik, telah menyeru semua pengeluar minyak sawit supaya membentuk sebuahkonsortium untuk "mengawal" harga minyak sawit mentah (MSM).

Dr Lim berpendapat, sebuah konsortium yang kuat akan membantu Malaysia,sebagai pembekal utama MSM, menentukan harganya sendiri, bukan dipengaruhioleh negara-negara pembeli seperti China dan India.

-- BERNAMA