PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Monday, 29 Apr 2024

Total Views: 227
MARKET DEVELOPMENT
MPOB Perkenal 43 Item Baru Untuk Dikomersilkan
calendar27-07-2004 | linkBernama | Share This Post:

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),agensi pembangunan dan penggalakan minyak sawit utama kerajaan,memperkenalkan 43 item berasaskan minyak sawit tahun ini untukdikomersilkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, NgLip Yong berkata, 43 item yang telah diperkenalkan kepada sektor swastadan industri itu, termasuklah bagi pemesinan, pakaian, papan gentian danpemerahan minyak.

"Sektor swasta dan industri dialu-alukan untuk berbincang dengan MPOBmengenai item-item ini yang boleh dikomersialkan dalam pasaran," katanyakepada pemberita selepas perasmian Program Suaikenal Minyak Sawit Ke-24 disini, hari Isnin.

Beliau berkata, MPOB telah membelanjakan sejumlah RM160 juta setahun bagikegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Biaya ini diperoleh daripadakutipan cukai daripada sektor swasta dan industri.

Katanya, banyak usaha telah dijalankan oleh industri dan kerajaan untukmembina keyakinan terhadap kualiti minyak sawit Malaysia dan produknya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ng berkata, minyak sawit diterima di seluruhdunia disebabkan oleh ciri-ciri uniknya yang menggalakkan penggunaanyadalam pelbagai produk akhir, dan ia telah dijadikan semakin serba bolehmelalui pelbagai bentuk penapisan dan pemeringkatan yang ada dalampasaran.

Kata beliau, minyak sawit juga diterima sebagai "minyak sihat" yang telahterbukti sebagai minyak berkhasiat yang bebas daripada trans asid lemak.

Ng berkata, kelapa sawit mula dimajukan sebagai tanaman komersial dalamtahun-tahun 1900-an dan berkembang daripada kawasan tanaman seluas 55,000hektar pada 1960 kepada 3.8 juta hektar sekarang.

Dalam tempoh ini, pengeluaran minyak sawit mentah meningkat hampir 70 kalidaripada 91,800 tan metrik kepada 13.4 juta tan metrik.

Hari ini, minyak sawit menguasai lebih 23 peratus pengeluaran minyak danlelemak dunia dan kira-kira 49 peratus daripada perdagangan minyak danlelemak.

Malaysia masih merupakan pengeluar dan pengeksport minyak sawit terkemukadi dunia, dengan menyumbang kira-kira 46 peratus pengeluaran serta lebih54 peratus eksport dunia.

Dengan nilai eksport berjumlah RM27.7 bilion, ia mengekalkan kedudukannyasebagai penjana pendapatan eksport kedua terbesar bagi Malaysia pada 2003.

Minyak sawit dieksport ke 130 negara di seluruh dunia seperti KesatuanEropah, India, China, Pakistan, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Program suaikenal yang berlangsung mulai 24 Julai hingga 4 Ogos itu,dihadiri oleh 42 peserta.

Sementara itu, dalam ucapannya, pengerusi MPOB, Tan Sri Haji Basir Ismailberkata, program itu menawarkan peluang bagi menggalakkan perangkaian dikalangan peserta dari pelbagai latar belakang dan negara, dan ini amatberguna bagi usaha niaga pada masa akan datang.

-- BERNAMA