100 terbabit bersih tumpahan lemak sawit
19 Mei, 2005 - GEORGETOWN: Palmco Oil Mill Sdn Bhd, semalam mengerahkankira-kira 100 pekerjanya membersihkan tumpahan lemak sawit pepejal yangterapung dan terdampar di sekitar Pantai Seagate serta Pulau Jerejak, disini.
Pengurus Hal Ehwal Awamnya, Zulhany Kamaruzzaman, berkata pihaknya turutmeminta bantuan bot nelayan dari kawasan berhampiran untuk kerjapembersihan lemak sawit pepejal itu yang tumpah daripada loji miliksyarikat berkenaan di Butterworth.
Katanya, operasi pembersihan tumpahan itu sebenarnya dimulakan sebaiksyarikat menyedari kejadian berkenaan tetapi ia ditumpukan di kawasansekitar Jambatan Pulau Pinang dan Juru.
"Kami tidak menyangka lemak sawit pepejal yang bocor di pusat simpanankami di Dermaga Air Dalam Butterworth awal pagi kelmarin, boleh hanyutsehingga ke Pantai Seagate dan Pantai Pulau Jerejak."
"Kami hanya mengetahui mengenai tumpahan itu hanyut sehingga ke PantaiSeagate dan Pulau Jerejak selepas membaca laporan akhbar termasuk BeritaHarian," katanya ketika ditemui ketika operasi pembersihan itu di sini,semalam.
Zulhany berkata, pihaknya juga terkejut apabila mendapati bahan terbabitturut hanyut dan terdampar di Pantai Seagate walaupun kakitangan merekasudah membuat tinjauan kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian.
"Selepas berlaku kebocoran itu, kami melancarkan segera operasipembersihan di permukaan laut terutama di sekitar Jambatan Pulau Pinang,di sebelah timur Pulau Jerejak dan pesisir pantai dekat Juru"
"Kakitangan kami turut meninjau persisiran Pantai Seagate denganmenggunakan bot nelayan kira-kira jam 10 pagi tetapi tidak menemui bahanitu di pantai berkenaan.
"Bagaimanapun, akhbar hari ini (semalam) menyiarkan gambar dan laporanbahan itu turut terdampar di Pantai Seagate menyebabkan kami mengerahkankira-kira 100 pekerja membersihkannya" katanya.
Berita Harian semalam melaporkan orang ramai terutama yang melalui LebuhRaya Bayan Lepas dekat Pantai Seagate di sini, gempar kerana menyangkasalji turun di kawasan itu.
Bagaimanapun, salji yang mereka sangkakan itu sebenarnya adalah lemaksawit pepejal yang dihanyutkan ombak dari Prai dan mengalir ke laut.
Sementara itu, Zulhany berkata, kebocoran lemak sawit pepejal terbabitberlaku pada satu daripada 15 saluran pemindahan pada kira-kira jam 2 pagiakibat masalah mekanikal injap.
Katanya, kira-kira 40 tan lemak sawit pepejal tumpah ke laut dan membekuserta terapung di permukaan seperti bongkah ais lalu dihanyutkan ombak.
Beliau berkata, syarikat yang menjalankan operasi pemantauan danpembersihan sejak awal pagi kelmarin turut menggunakan khidmat 14 botnelayan untuk mengutip bahan yang terapung itu di permukaan laut.
“Setakat ini, kami sudah berjaya mengutip kira-kira 20 tan lemak sawitpepejal yang bocor tetapi jumlah kerugian masih belum ditaksirkan lagi,â€katanya yang menjelaskan bahan itu digunakan untuk menghasilkan serbukcuci dan kosmetik.