PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Sunday, 24 Nov 2024

Jumlah Bacaan: 409
MARKET DEVELOPMENT
Potensi kosmetik berasaskan minyak sawit
calendar12-10-2001 | linkNULL | Share This Post:

06 October 2001 (NSTP)

MINYAK sawit dan minyak isirong sawit apabila diasingkan akan menghasilkanminyak stearin dan olein yang berkeadaan separa pepejal serta cecair padasuhu bilik.Sebanyak 90 peratus daripada minyak ini digunakan dalam industri pembuatanmakanan sebagai minyak masak dan margerin, manakala bakinya dijadikanbahan asas industri oleokimia (bukan makanan).Dalam industri oleokimia, dengan proses tindak balas kimia, strukturminyak sawit dipecahkan menjadi pelbagai struktur sebatian kimia lainseperti asid lemak, gliserol, ester lemak dan juga alkohol lemak. Sebatianoleokimia ini berperanan sebagai bahan asas untuk menghasilkan pelbagaiterbitan oleokimia seperti agen pengemulsi dan bahan aktif permukaan(surfactants).Bahan oleokimia dan terbitannya boleh diadun menjadi produk kosmetik dandandanan diri seperti losyen, krim, gel dan sebagainya. Apabila diadunkanoleokimia ini mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Lihat rajahBagi produk kosmetik seperti krim dan losyen, setiap formulasikebiasaannya mengandungi tiga fasa iaitu fasa bahan asas minyak, air danbahan aktif. Bahan asas minyak bagi setiap formulasi sangat penting keranaia membantu penghantaran bahan aktif ke kulit.Dari segi ini, ada banyak bahan oleokimia yang boleh diadunkan menjadilosyen atau krim dan berfungsi sebagai pelembab dan pelicin yang tidakbersifat oklusif, sebaliknya berupaya melembabkan kulit menyebabkan kulitberasa lembut dan licin. Kulit yang sentiasa lembab secukupnya adalahlebih sihat, justeru dapat melambatkan proses penuaan.Kesan kelembapan losyen berasaskan minyak sawit telah terbukti di manaujian efikasi telah dijalankan ke atas 20 orang sukarelawan di MakmalEfikasi Pusat Teknologi Lanjutan Oleokimia (AOTC), Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB).Keputusannya menunjukkan pelembab yang dirumus dengan bahan oleokimiaberasaskan minyak sawit menyebabkan kelembapan kulit meningkat denganketara berbanding kulit yang tidak disapu dengan sebarang pelembab.Selain keunikan fungsi seperti sebagai pelembab, bahan-bahan berasaskanminyak sawit dan oleokimia juga adalah:-Natural iaitu bahan semulajadi atau asli yang berasaskan tumbuhan berbezadengan bahan sintetik dari petroleum yang dikhuatiri mengandungi sebatiankimia (polyaromatic hydrocarbon) yang toksik dan berbahaya (carcinogenic)kepada manusia.-Mudah terurai (biodegradasi yang baik) – Selain itu, bahan oleokimiaberasaskan minyak sawit juga mudah terurai berbanding bahan petroleum yangkadangkala bercabang dan tidak mudah terurai. Justeru, produk kosmetikberasaskan minyak sawit adalah mesra alam.-Halal. Produk kosmetik berasaskan minyak sawit jenis tumbuhan sudah pastihalal dan pengguna tidak perlu bimbang atau was-was untuk menggunakan. Iniberbeza dengan bahan berasaskan binatang yang meragukan.Losyen atau krim yang diadun daripada bahan-bahan oleokimia dari minyaksawit menjadi asas kepada produk tertentu seperti losyen/krim pemutih,losyen/krim pelindung matahari dan losyen/krim awet muda (antikedut).Hanya vitamin E dan vitamin A yang ada pada minyak sawit boleh digunakansebagai bahan aktif untuk krim/losyen awet muda. Vitamin E dan A berfungsisebagai anti-oksidan, yang dapat membantu melambatkan proses penuaan.Untuk krim pemutih atau krim pelindung matahari, bahan-bahan aktif yangada di pasaran akan dirumus ke dalam losyen/krim asas dari minyak sawitseperti asid kojic, arbutin dan agen pelindung matahari seperti titaniumdioksida dan octyl methoxy cinnamate.Kepelbagaian produk dapat dihasilkan dengan merumuskan ekstrak tumbuhanatau herba atau bahan semulajadi seperti susu kambing ke dalam krim/losyenasas. Sebagai contoh, MPOB telah menjalankan penyelidikan dan pembangunanrangkaian produk susu kambing untuk HR Marketing yang sudah pun berada dipasaran tempatan dan di Asean.MPOB juga sedang menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk dandanandiri dengan ekstrak asam paya (Roselle) sebagai bahan aktif untuk MonroseSdn Bhd. Penyelidikan produk dandanan diri dengan sejenis cendawan(ganoderma) sebagai bahan aktif untuk DXN Industries Sdn Bhd juga sedangdijalankan.(Rosnah Ismail adalah pegawai penyelidik di AOTC, MPOB)