PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Sunday, 24 Nov 2024

Jumlah Bacaan: 276
MARKET DEVELOPMENT
Timur: Peneroka Kesedar disaran tanam semula
calendar05-11-2001 | linkNULL | Share This Post:

Gua Musang, 3 November,2001 (Berita Harian) – Peneroka rancangan tanahLembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan kehilangan puncapendapatan jika mereka terus enggan menyerahkan ladang getah dan kelapasawit mereka yang sudah tua untuk ditanam semula.

Ini kerana ladang seluas 18,000 hektar membabitkan sembilan RancanganKemajuan Tanah (RKT) Kesedar itu sudah hampir mencapai umur 25 tahun yangtidak lagi mampu memberi hasil dan perlu ditaman semula secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Nozula Mat Diah, berkata masalah ituperlu diselesaikan segera kerana sudah ada beberapa ladang RKT Kesedarterbiar berikutan pokok sudah tua.

Katanya, peneroka perlu akur dengan arahan pengurusan Kesedar termasukberunding bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau yang juga pengerusi penyelaras penyelesaian masalah itu antarapeneroka dengan Kesedar berkata, beliau bersedia mengemukakan cadangan kearah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan kedua-dua pihakterbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan cadangan itu sehingga penerokasendiri sedia berunding dengan Kesedar terutama perkara membabitkankepentingan serta masa depan mereka.

“Perkara itu akan dibincangkan dengan ketua peneroka selain mereka jugadiberi peluang mengemukakan cadangan kepada Kesedar.

“Saya faham sumber pendapatan peneroka mungkin terjejas apabila ladangmereka ditanam semula, tetapi sampai bila mereka enggan bekerjasama untukmasa depan mereka sendiri.

“Mereka seharusnya mengemukakan cadangan seperti memastikan jaminanpendapatan sementara menunggu ladang ditanam semula mengeluarkan hasil,”katanya ketika diminta mengulas laporan Pengurus Besar Kesedar, MohamadGhazali Yahya, baru-baru ini bahawa Kesedar menghadapi masalah menanamsemula ladang itu kerana belum mendapat persetujuan peneroka.

Katanya, peneroka hingga kini belum mengadakan perbincangan mengenaiperkara itu walau pun sudah beberapa kali arahan dikeluarkan supayaberbuat demikian sebelum ladang mereka kehabisan hasil.

Nozula berkata, kesempitan hidup kini dirasai kebanyakan keluarga penerokadi rancangan tanah berkenaan sejak beberapa tahun lalu selepas kejatuhanharga kelapa sawit dan getah di pasaran.

Katanya, keadaan menjadi lebih buruk apabila hasil ladang juga semakinkurang disebabkan hampir semua pokok kelapa sawit dan getah sudah tua yangsepatutnya sudah ditanam semula.