Perbaiki kecekapan produktiviti sawit: Dr Lim
Dr Lim menyampaikan anugerah Pekebun Kecil kepada Ahmad Sidekpada majlis Anugerah Lembaga Minyak Sawit Malaysia danIndustri Sawit, di Kuala Lumpur baru-baru ini sambildiperhati Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia,Datuk Dr Yusof Basiron.
12 November 2001 (Berita Harian)
SELURUH warga industri sawit disaran meningkatkan lagi produktivitiindustri itu kerana komoditi berkenaan yang selama ini dianggap sebagai ‘tanaman emas’ kini terus menghadapi pelbagai cabaran baik dari dalam danluar.
Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata pendapataneksport negara daripada industri itu berkurangan berikutan harga minyaksawit yang jatuh di bawah paras RM1,000 satu tan dan tidak begitumenggalakkan.
“Pendapatan eksport keluaran sawit tahun lalu merosot 23.1 peratus kepadaRM14.84 bilion, berbanding RM19.30 billion pada tahun sebelumnya,†katanyapada majlis Anugerah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan AnugerahIndustri Sawit 2001 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, kemerosotan harga secara mendadak memberi kesan kepadaindustri, termasuk pekebun kecil di seluruh negara yang bergantung hidupsepenuhnya kepada pendapatan kebun sawit mereka.
Katanya, perkara itu amat membimbangkan dan kerajaan melaluikementeriannya sudah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurangkan stokdan meningkatkan penggunaan domestik untuk memulihkan harga sawit.
Bagaimanapun, Dr Lim berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihakdalam industri untuk terus memperbaiki kecekapan produktiviti sertamengurangkan kos pengeluaran bagi mengimbangi pendapatan yang semakinberkurangan.
“Kos pengeluaran sudah meningkat dengan banyaknya. Jika pada tahun 80-andan 90-an kos pengeluaran minyak sawit hanyalah antara RM450 hingga RM600satu tan, kini ia meningkat kepada RM900.
“Malah, ada ladang yang mengeluarkan minyak sawit dengan kos RM1,100 satutan walaupun di ladang lain kos pengeluarannya hanya RM500. Inilah masalahyang dihadapi sekarang dan kita tidak tahu puncanya,†katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih membimbangkan ialah kos pengeluaran minyaksoya yang menjadi saingan terdekat minyak sawit kini tidak jauh berbezaiaitu di paras antara AS$200 (RM760) hingga AS$250 (RM950) satu tan.
Mengenai produktiviti, beliau mensasarkan supaya ladang sawit sepatutnyaboleh mengeluarkan lapan tan minyak sawit mentah sehektar atau 40 tan buahsawit setahun.
“Malangnya, ada ladang yang hasil buah sawitnya jauh lebih rendah iaitu 14tan buah tandan segar (BTS) atau kira-kira 2.8 tan minyak sawit mentahsehektar setahun.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan supaya penyelidik hendaklah pekadan membuat penyelidikan yang hasilnya dapat dimanfaatkan oleh pihakindustri, sekali gus mampu meningkatkan pengeluaran sawit negara.
“Kita tidak mahu nasib yang menimpa industri getah turut dialami olehindustri sawit. Oleh itu, dalam perkembangan k-ekonomi ini semua pihakharus ada pengetahuan dan menjadikan semua maklumat mengenai kerjapenyelidikan dapat dinikmati oleh semua pihak, termasuk pekebun kecil,â€katanya.
Dr Lim juga berkata, pegawai penyelidik MPOB harus terus berusaha menjanapenemuan teknologi terkini, khususnya yang dapat memaksimumkan pengeluarandan produktiviti ke tahap yang kompetitif.
Di samping itu, katanya, usaha penyelidikan pembangunan produk hiliranberasaskan sawit yang berpotensi perlu dipergiatkan kerana masih banyakpeluang yang belum diterokai sepenuhnya.
Beliau berkata, hanya melalui pendekatan bersepadu, bernilai komersialyang tinggi dan boleh dimanfaatkan oleh industri ke arah memaksimumkanproduktiviti, Malaysia akan terus kekal sebagai peneraju industri sawitdunia.
Dalam ucapannya, Dr Lim turut menyentuh mengenai kejatuhan kadar perahanminyak (OER) yang berterusan dan mengingatkan jika masalah itu tidakditangani secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak, ia bukan sajamenyebabkan kerugian pendapatan kepada pihak industri, malah dalam tempohjangka panjang akan menghakis daya saing Malaysia sebagai pengeluar utamaminyak dunia.
Sehubungan itu, beliau mensasarkan OER 25 peratus untuk dicapai oleh semuapihak dalam industri sawit dengan mengetatkan kawalan kualiti buah sawitdan memastikan buah sawit cukup masak saja dituai dan dikilang.
Di samping itu, Dr Lim juga mahu penggredan buah sawit menggunakan ManualPenggredan MPOB dipraktikkan oleh semua pihak.
Bagi menghadapi saingan yang lebih mencabar, katanya, aktiviti hiliranberasaskan getah, kayu, kayu getah, batang kelapa sawit dan hampas daritandan dan buah sawit ditingkatkan.
“Bagi menggalakkan pengusaha tempatan meningkatkan pelaburan dalam bidangitu, kerajaan bersetuju supaya syarikat tempatan yang membuat pelaburansemula bagi mengeluarkan produk berasaskan sumber berkenaan diberipengecualian cukai 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60 peratus selamalima tahun,†katanya
Beliau juga menyeru supaya semua pihak mengambil peluang yang disediakankerajaan dengan mencari formula untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan didalam negeri, di samping mengurangkan penggantungan kepada import.