PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Monday, 25 Nov 2024

Jumlah Bacaan: 299
MARKET DEVELOPMENT
Poram cadang perjelas dasar eksport sawit
calendar13-04-2002 | linkNULL | Share This Post:

12 April 2002 (NSTP)PERSATUAN Penapis Minyak Sawit Malaysia (Poram) mencadangkan kerajaanmenjelaskan dasar semasa dan masa depan eksport minyak sawit mentah (MSM)bebas cukai memandangkan bekalannya yang dijangka berkurangan.

Menurut persatuan itu, penetapan kerajaan terhadap peruntukan tertentu MSMbebas cukai tidak menyenangkan syarikat penapis minyak sawit dan merekabimbang ia menjadi satu dasar tetap.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sejuta tan metrik bagi eksport MSMbebas cukai dan tahun ini ia ditingkatkan kepada 1.3 juta yang dilihattidak menyenangkan syarikat penapis.

“Jika penetapan ini berterusan dan ditambah dengan program tanam semulakelapa sawit yang sedang dijalankan, ia akan menambah tekanan kepadamasalah kekurangan bekalan,” kata Poram.

Persatuan itu berkata demikian dalam memorandum yang dibentangkan dalamDialog Miti, di Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Poram mencadangkan kerajaan menghapuskan cukai lima peratusbagi produk minyak sawit yang disenaraikan pada kod 1516.20.989 termasukminyak sawit stearin sudah dilunturkan (BPS), sudah ditapis (RPS),dineutral (NPS) dan sudah diluntur dan dineutralkan (NBDPS).

Jika cukai itu tidak boleh dihapus katanya, kerajaan sekurang-kurangnyaperlu menyenaraikan semula produk itu ke dalam senarai lain yang tidakdikenakan sebarang duti eksport.

“Produk kod 1516.20.989 sepatutnya menerima status yang sama sepertiproduk minyak sawit yang lain iaitu tidak tiada duti eksport kerana produkberkenaan adalah produk nilai tambahan daripada produk hiliran,” kataPoram.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, eksport produk kategori berkenaanmeningkat ketara kepada 19,330 tan dari Januari hingga November 2001berbanding 2,162 tan metrik pada 1996.

Sementara itu, Kumpulan Pengilang Makanan Malaysia dari PersekutuanPekilang-pekilang Malaysia (FMM MAFMAG) meminta kerajaan menilai semulacaj skim pensijilan halal.

Persatuan itu mencadangkan produk yang ada formula dan campuran samatetapi dipasarkan pada jenama yang berasingan dengan pakej yang berlainandiberi pertimbangan untuk dikategorikan sebagai satu produk.

(The information and opinions expressed in this article represent theviews of the author only. They should not be seen as necessarilyreflecting the views of Palm News)