PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 27 Dec 2024

Jumlah Bacaan: 317
MARKET DEVELOPMENT
Sabah/Sarawak: Isu pendatang tidak jejas BIMP-EAGA
calendar19-09-2002 | linkNULL | Share This Post:

KOTA KINABALU, 18/9/02: Hubungan perdagangan antara Sabah dengan selatanFilipina terutama menerusi konsep Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei,Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) tidak terjejas oleh pelbagaiisu membabitkan pendatang tanpa izin Filipina di Sabah, baru-baru ini.Ketua Menteri, Datuk Chong Kah Kiat, berkata hubungan perdagangan terutamaantara kawasan Sandakan, Sabah, dengan Zamboanga di Mindanao, Filipina,akan diteruskan seperti biasa.“Malah, kedua-dua pihak juga bersetuju mempertingkatkan lagi hubungandagangan sedia ada terutama menerusi BIMP-EAGA.“Antara usaha terbaru dibuat ialah merancang mengadakan ekspo perdagangandi Sandakan membabitkan usahawan dari kedua-dua wilayah itu,” katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kirasejam dengan Perunding Kanan Presiden untuk Mindanao yang juga Utusan KhasFilipina ke Malaysia, Indonesia dan Brunei, Paul G Dominguez, di HotelPacific Sutera, di sini hari ini.Sebelum ini, hubungan antara Malaysia dan Filipina agak tegang berikutandakwaan media Filipina kononnya pendatang tanpa izin negara itu di Sabahdiberi layanan buruk, terutama ketika ditahan di pusat tahanan sementaradi negeri ini.Kemudian timbul pula dakwaan seorang gadis Filipina dirogol ketika ditahandi pusat tahanan sementara di Menggatal, dekat sini serta usaha pihaktertentu di negara itu mahu membangkitkan semula isu tuntutan Filipinaterhadap Sabah.Terdahulu Chong merasmikan Persidangan Antarabangsa Perniagaan Sabah 2002(SIE2002) anjuran Dewan Perniagaan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MICCI) dan Persekutuan Pekilang Sabah (FSM) di hotel yang sama hari ini.Dalam ucapan perasmiannya, Chong berkata, kerajaan negeri mahu memastikanpelabur luar melihat Sabah sebagai kawasan pelaburan baru serta berpotensibesar, terutama apabila konsep Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta)mulai dilaksanakan tahun depan.Sehubungan itu, katanya, kerajaan Sabah akan terus berfungsi sebagaikerajaan yang mesra perniagaan kerana percaya sektor swasta berperananpenting dalam memperluas kekayaan ekonomi dan pembangunan di negeri ini.Beliau berkata, banyak dasar kerajaan negeri sekarang lebih menjuruskepada usaha mewujudkan iklim yang sesuai untuk aktiviti keusahawanan.Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai insentifuntuk beberapa bentuk pelaburan seperti pegangan hak milik tanah selama 99tahun, pengurangan premium tanah sehingga 30 peratus, pengurangan sewabebas antara satu hingga tiga peratus serta potongan dua kali bagi cajpengangkutan eksport produk perkayuan.“Berdasarkan struktur ekonomi dan kaedah perdagangan, secara umumnya Sabahmenawarkan peluang pelaburan luas, terutama dalam sektor pertanian danmakanan, produk semula jadi khusus, perladangan industri, perhutanan, gasasli, minyak dan bahan galian, pelancongan, teknologi maklumat sertaperkapalan dan maritim,” katanya.Beliau juga berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Sabahmencatatkan lebihan imbangan perdagangan yang sihat, iaitu RM1.393 bilion,peningkatan 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Katanya, negeri ini mengamalkan sistem perdagangan terbuka dengan eksportperkhidmatan dan barangan menyumbang 75 peratus kepada Keluaran DalamNegara Kasar (KDNK) Sabah.Chong berkata, pertumbuhan KDNK Sabah dianggarkan pada tahap empat peratustahun ini dan dijangka berterusan sehingga tahun depan dengan kadarinflasi dikawal di bawah paras 0.5 peratus.“Ketika ini, ekonomi Sabah berorientasikan eksport dan dikuasai olehsektor utama dengan produk sawit menjadi komoditi utama apabila menyumbanglebih 30 peratus daripada perolehan eksport negeri ini,” katanya.