PALM NEWS MALAYSIAN PALM OIL BOARD Friday, 10 May 2024

Jumlah Bacaan: 141
MARKET DEVELOPMENT
Mekanisme biofuel negara dirangka
calendar21-10-2004 | linkBHarian | Share This Post:

KUALA LUMPUR: Satu mekanisme pelaksanaan penggunaan minyak sawit sebagaibiofuel di negara ini kini sedang dirangka sebelum dihantar ke Kabinet,kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Tan Sri Dr YusofBasiron

Beliau berkata, cadangan mengenai perkara itu akan diserahkan kepadamesyuarat jemaah menteri tidak lama lagi untuk penilaian dan tindakanselanjutnya.

Penyelidikan mengenai minyak sawit sebagai biofuel sudah lama selesaidilakukan MPOB dan kita sedang dalam proses merangka mekanisme danprosedur bagaimana untuk melaksanakan perkara itu, katanya ketikadihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Semalam, Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Bagi Mengkaji ImpakKenaikan Harga Produk Petroleum Ke Atas Ekonomi Negara yang dipengerusikanPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untukmengkaji dengan teliti beberapa langkah mengurangkan kebergantunganterhadap minyak.

Antara langkah itu ialah menggunakan minyak sawit sebagai biofuel,meningkatkan penggunaan gas asli (NGV) untuk pengangkutan awam,menggalakkan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan meningkatkankecekapan penggunaan tenaga.

Mesyuarat itu juga memutuskan supaya penyelidikan dan pembangunan sumbertenaga alternatif diteruskan, termasuk tenaga suria, angin dan biomasserta menggalakkan lebih banyak bangunan pejabat menggunakan konsep ‘pejabat tenaga rendah’.

Berikutan keputusan mesyuarat itu, Yusof berkata, kertas cadangan itu akandisiapkan dengan seberapa segera untuk dihantar kepada Kabinet.

“Kita akan menyiapkan kertas cadangan pelaksanaannya dengan segera, namunkita perlu mengikut prosedur sedia ada sebelum disampaikan kepada Kabinetkatanya.

Beliau berkata, biofuel mempunyai potensi tinggi untuk diketengahkan dalammenggantikan bahan bakar fosil selain mampu mengurangkan pengeluaran gaskarbon dioksida.

Biofuel adalah minyak yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan sepertikelapa sawit dan kacang soya untuk menggerakkan sesebuah jentera atauenjin.

Sementara itu, kekurangan pusat operasi dan bekalan gas asli (NGV) menjadimasalah utama kepada lebih 10,000 teksi yang terpaksa menunggu hampirsejam setiap hari untuk mengisi gas asli.

Pemandu teksi mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mengurangkan beban yangdihadapi setiap pemandu teksi dan salah satu permintaan mereka ialah untukmeningkatkan jumlah pam NGV di stesen minyak Petronas sebelum meningkatkanlagi jumlah kenderaan awam menggunakan gas asli menggantikan minyak.

Antara lain, mereka juga kerajaan menyediakan stesen gas asli khusus untukkereta Iswara yang dipasang paip NGV dan kebanyakannya diguna sebagaiteksi bagi mengurangkan kos minyak yang juga mengurangkan tambang teksi.

Tinjauan ke stesen Petronas di Kampung Baru yang menyediakan perkhidmatanNGV mendapati, mereka bersetuju dengan usaha kerajaan itu tetapiberpendapat ia tidak berbaloi jika perkhidmatan NGV tidak mencukupi untukmenampung keperluan 10,000 teksi di Lembah Klang saja.

Seorang pemandu teksi, Ahmad Shaarani, 44, berkata kerajaan perlumeningkatkan jumlah pam NGV di stesen minyak Petronas jika mahumenggalakkan lebih banyak kenderaan awam menggunakan gas asli untukmenggantikan minyak.

Katanya, hanya ada kira-kira 30 stesen Petronas yang menyediakanperkhidmatan NGV berbanding keperluan 10,000 teksi dan masalah itu sudahberlarutan untuk tempoh lebih dua tahun.

Arfinal Jaafar, 41, yang memandu teksi hampir enam tahun, mencadangkansupaya kerajaan menyediakan lebih banyak stesen NGV dan menempatkannyaluar daripada kesesakan bandar.

Katanya, bagi mengelak kesesakan lalu lintas yang disebabkan teksi dibeberapa tempat kerana terpaksa beratur panjang ketika mengisi gas.

Vellu Anandakrishnan, 47, berkata beliau tidak tahan lagi beratur setiaphari selama sejam untuk mengisi gas selain perkhidmatan beberapa pusatoperasi NGV tidak cekap.

Sementara itu, Amir Madasahid, 42, berkata ada juga stesen gas yangberoperasi sesuka hati dan mengenakan sekatan terhadap gas yang diisi.

Saya tidak tahu sama ada tidak ada bekalan gas yang mencukupi atau memangitu peruntukan, tetapi jika terpaksa beratur dua hingga tiga kali sehariselama sejam semata-mata untuk mengisi gas untuk RM3 hingga RM4 tidakmemadai.

Lebih menyakitkan hati apabila stesen NGV beroperasi sesuka hati dan kamiterpaksa mencari stesen lain jika tutup, katanya.