Keperluan Kritikal Bagi Tenaga Kerja Indonesia Pad
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Malaysia(MPOA) Datuk Sabri Ahmad berkata industri sawit akan terjejas teruksekiranya pemprosesan tenaga kerja dari Indonesia terus tertangguh.
Kekurangan tenaga kerja akan kritikal semasa musim menuai, yang biasanyapada Ogos, September dan Oktober.
"Kita fikir jika pemprosesan tenaga kerja dari Indonesia terus tertangguh,ia akan menjejaskan industri sawit, terutamanya sebaik sahaja sampai padamusim mengambil buah selama tiga bulan, pada masa itu kita memerlukanramai pekerja," katanya.
Sabri, yang juga Ketua Eksekutif kumpulan Golden Hope Plantations Bhd,berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasasyarikat itu di sini Selasa.
Sabri berkata daripada sejumlah 500,000 pekerja di industri perladangan,hampir 14 hingga 15 peratus diperlukan pada musim menuai.
"Musim menuai amat kritikal dalam industri perladangan, dan kita perlukanpekerja Indonesia kerana mereka mahir dan produktiviti mereka tinggi untukmenuai," katanya.
Beliau, bagaimanapun, percaya kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesiasedang berusaha mempercepatkan proses itu.
Lebih 400,000 tenaga kerja, kebanyakan Indonesia, memanfaatkan programpengampunan oleh kerajaan Malaysia dan kembali ke negara asal mereka.
Kebanyakan mereka bekerja di sektor perladangan.
-- BERNAMA